Berkongsi Koleksi Resepi Terbaik

Dikuasakan oleh Blogger.

Resepi Biskut Semperit Pandan Oh Pilihanku

Biskut Tradisi Turun Temurun Juadah Di Hari Raya

 
Sebut saja Biskut semperit,siapa yag tidak pernah memakan nya rugi sungguh,in adalah antara biskut yang menjadi kegemaran ramai,untuk kali ini admin mahu kongsikan kepada anda resepi Biskut semperit pandan oh pilihanku,sekali rasa pasti nak lagi,wah!sedap sangat tahu,mari kita lihat apakah bahan yang yang di guna kan untuk membuat resepi bisku semperit pandan ohpilihanku ini serta cara membuatnya

Imej Biskut Semperit Pandan-sumber foto:ohpilihanku
Seperti biasa bab memasak ini penulis memang suka curang pada resepi jadi siapa yang peduli jika ianya sedapkan.

Untuk artikel ini admin ingin kongsikan kepada anda Resepi Semperit Pandan Yang sangat sedap sehingga menjilat pelipat siku(kalau boleh lah kan hehe..)

Baiklah tanpa membuang masa penulis kongsikan Resepi Semperit Pandan,ia sangat mudah untuk di sediakan,mari lihat apakah bahan dan cara membuat biskut ini.
 
Semperit pandan.sumber foto:ohpilihanku
Bahan-Bahan:

1.Mentega Buttercup-250g

2.Gula Icing -1 cawan

3.Tepung Gandum -1 cawan

4.Tepung Kastard -1 cawan

5.Tepung Jagung -1 cawan
(Jika doh terlalu lembut boleh tambah tepung jagung)

6.pewarna hijau.

7.perasa Pandan pure in bottle(boleh di dapati di kedai kek,nak guna yg biasa pun boleh tetapi bau pandan tak berapa lemak,maksudnya kita mahukan bau pandan yang sejati,nak buat pure daun pandan pun boleh tetapi risiko kerana terpaksa letak airkan melainkan ia di ambil pati dari daun tanpa menggunakan air)

Cara-Caranya:

- Pukul mentega dan gula hingga sebati,tak kembang pun tak mengapa.

- masukkan semua tepung yang di ayak terlebih dahulu.

-gaul sebati,kemudian masukkan pewarna hijau serta pati daun pandan dan di gaul lagi membentuk doh.

- apabila doh sudah sebati masukkan doh ke dalam acuan semperit dan tekan kan nya mengikut kepanjangan yang anda mahukan.

- sebelum membakar Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius.

-kemudian letak ke dalam loyang pembakar dan bakar pada suhu 180 darjah celsius sekitar 15-20 minit.

-apabila sudah masak,alihkan biskut semperit ke atas tray  lain dan tunggu sehingga sejuk dan barulah boleh di masukkan ke dalam balang.
Semperit pandan sumber foto:ohpilihanku.
Bagaimana?mudah bukan jadi anda juga boleh mencuba untuk membuat Biskut Semperit Pandan Di rumah.

Sekarang tidak perlu tunggu raya pun boleh buat,enak di makan pada bila-bila masa saja,selamat mencuba ya :)

Jika anda mahu kongsi kan resepi menarik yang ada ada,boleh email kan kepada kami : senangm27@gmail.com dan kami akan siar kan nya.


sumber: Oh Pilihanku
1 Komentar untuk "Resepi Biskut Semperit Pandan Oh Pilihanku"

Back To Top