Berkongsi Koleksi Resepi Terbaik

Dikuasakan oleh Blogger.

Resepi Cheese Cake

foto Cheese cake -sumber google


Bahan-bahan Cheese kek:

Bahan A:

100 gram mentega
300 ml susu segar (dutchlady fresh milk)
6 keping keju (cheddar / pelbagai jenama boleh digunakan)

Bahan B:

6 biji putih telur
125 gram gula kastor

Bahan C:

6 biji kuning telur (yang diasingkan dari putih telur)

Bahan D:

100 gram tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara untuk membuat cheese kek:

1) Ambil mangkuk dan campurkan mentega, susu segar dan cheese. Kemudian anda boleh cairkan di atas api yang kecil atau menggunakan kaedah double boiler.

2) Pukul putih telur dan gula kastor sehingga menjadi kembang / meringue selama 5-10 minit pada tahap medium.

3) Pukul kuning telur hingga kembang.

4) Campurkan bahan A dan C kacau hingga sebati, kemudian masukkan bahan B sedikit demi sedikit disertakan dengan tepung gandum dan esen vanilla. Kacau semua bahan hingga sebati.

5) Kemudian masukkan bahan tadi ke dalam loyang, cara untuk anda membakar chesse kek, bungkus bahagian bawah loyang dengan aluminium foil, letak air panas di dalam loyang besar, baru letak loyang yang berisi adunan yang hendak dibakar.

6) Bakar pada suhu 170 dalam 20 minit pertama kemudian dalam suhu 140 dalam 40 minit terakhir.

#share


Tag : Resepi Kek
0 Komentar untuk "Resepi Cheese Cake "

Back To Top