Anda tak tahu nak masak apa untuk santapan makan tengahari atau makan malam?
jom kita cuba Resepi Daging Salai Berempah ini!pasti membuka selera anda sekeluarga,Resepinya sungguh mudah sekali untuk di buat.
Jom kita lihat bahan serta cara-cara membuatnya.
Daging Salai Berempah-imej
BAHAN-BAHAN :
500 gm daging (batang pinang)50 gm bawang India20 gm bawang Siam5 ulas bawang merah4 ulas bawang putih5 tangkai cili kering1 sudu makan biji ketumbar1 sudu teh lada hitam1 sudu besar serbuk kunyit1 sudu teh garam halus3 sudu makan sos tiram
Cara menyediakan:
Mula-mula, bersihkan daging dan toskan airnya. Sementara itu, kisar lumat bawang India, bawang Siam, bawang merah, bawang putih, cili kering, biji ketumbar dan lada hitam. Selepas itu, masukkan pula serbuk kunyit, garam dan sos tiram ke dalam bahan kisar. Gaul sebati. Kemudian lumurkan daging dengan bahan-bahan yang dikisar lumat tadi. Perap daging ini selama lebih kurang 30 minit. Bolehlah salai daging perap ini di atas bara arang. Balik-balikkan daging ini untuk memastikan setiap bahagiannya masak. Apabila sudah masak, potong nipis-nipis daging ini dan ia sedia dimakan.
Mudahkan Resepi Daging Salai Berempah ini,resepi ini di kongsi dari Majalah Saji,pastinya resepi istmewa ini menjadi hidangan lazat untuk di nikmati oleh anda seisi sekeluarga,Selamat mencuba ya!
Resepi Daging Salai Berempah Yang Menyengat Selera
Tag :
All,
Resepi Lauk Pauk
0 Komentar untuk "Resepi Daging Salai Berempah Yang Menyengat Selera"