Berkongsi Koleksi Resepi Terbaik

Dikuasakan oleh Blogger.

Thab Thim Krob Menu Pencuci Mulut Thailand





Thab Thim Krob Merupakan, Hidangan Pencuci Mulut Yang Berasal Dari Negara Thailand,Teringat Sewaktu Bertugas Sebagai Cheff Di Sebuah Restaurant Masakan Thailand Terkenal,Menu Thab Thim Krab Ini Turut Ada Di Dalam Menu,Paling Menarik,Thab Thim Krob Ini menjadi Hidangan Wajib Bagi Kebanyakkan Pengunjung Yang Datang Ketika Itu.

Semasa admin bergelar tukang masak di sebuah restoran makanan thailand,hidangan ini turut ada di sedia kan,memang sedap rasa nya,terutama yang sengkuang itu,apa tunggu lagi jom kita lihat resepi ini,boleh lah cuba nanti kan.


Thab Thim Krob



Bahan-bahan:

10 biji sengkuang Cina

1 sudu kecil pewarna merah

100 gm tepung ubi

200 gm santan

100 gm nangka

300 gm gula

1 sudu kecil garam

Sedikit santan


Cara Menyediakan:

1. Bersihkan sengkuang Cina dan potong dadu.

2. Kemudian, rendamkan di dalam pewarna merah selama 10 minit sebelum ditoskan airnya.

3. Setelah itu, gaulkan sengkuang tersebut bersama tepung ubi.

4. Rebus sengkuang tersebut.  Tunggu sehingga sengkuang timbul dan bolehlah diangkat.

5. Letakkan di dalam bekas berasingan yang telah dicampur dengan sedikit ais supaya tahan lama.

6. Selepas itu, panaskan santan dengan api perlahan dan masukkan sedikit garam ke dalamnya.  Biar sehingga sejuk.

7. Panaskan gula dan air sehingga mendidih.  Kemudian, masukkan nangka ke dalam air gula.

8. Angkat dan biarkan sehingga sejuk sebelum dihidang bersama santan, sengkuang dan ais.

Bagaimana?resepi mudah ini boeh di sedia kan pada bila bila masa,tetapi biasanya hidangan sebegini elok buat dan terus makan baru rasa sedap,jika di simpan sebab ada menggunakan santan kan.

Tentang warna untuk sengkuang itu boleh saja jika nak buat warna lain seperti warna kuning,hijau,baru meriah,bila meriah selera makin bertambah kan.

Anda ada resepi hidangan pencuci mulut?Mari kongsi kan kepada kami dengan menghantar email ke : senangm27@gmail.com jika anda telah buat resepi pencuci mulut ini juga anda boleh kongsi kan kepada kami ya,selamat mencuba hidangan pencuci mulut mudah ini.


0 Komentar untuk "Thab Thim Krob Menu Pencuci Mulut Thailand"

Back To Top