Resepi tart Nenas Gulung Turun Temurun
Tart Nenas ini admin yakin ramai yang sangat gemar kan kuih yang berintikan jem nenas,jika dahulu,ia akan di hidangkan pada hari raya,namun kini,ia tidak hanya terhad hanya boleh di dapati pada musim perayaan sahaja malah pada hari biasa pun tart nenas ini boleh di buat atau di jual.
Tart Nenas sememangnya popular di kalangan masyarakat Malaysia,
malah kini ada di antara yang membuat tart nenas menggunakan daya kreativiti masing masing untuk membuat tart mengikut perasa yang di ingin kan,sekarang sudah ada tart strawberry,tart kiwi dan bermacam-macam lagi,namun yang paling legend sudah semestinya lah tart nenas ini.
tart nenas-sumber google.
Bahan-Bahan Tart Nenas Gulung
Bahan:
1 kg tepung gandum
625g mentega (2 1/2 buku mentega)
4 kuning telur
1 putih telur
1/2 sudu teh garam halus
15g gula halus-resepi asal tak letak
1 sudu teh esen vanilla
1 kg jem nenas
Sapuan:
1 kuning telur + pewarna kuning + 1/2 sk air-kacau
sebati.
Cara membuat:
1.Campurkan kuning telur,putih telur,garam,esen vanilla dan pewarna kuning dalam mangkuk kecil.Pukul sedikit.
2.Dalam mangkuk besar,gaulkan mentega,gula dan tepung hingga menjadi serbuk roti.
3.Kemudian masukkan campuran telur tadi.Gaul sebati.Masukkan dalam acuan tat gulung,picit dan letakkan jem.
Kemudian gulungkan.
4.Sapu atasnya dengan bahan sapuan kemudian bakar pada suhu 160'C selama 20 minit atau sehingga masak.(suhu dan masak bergantung pada
jenis oven)
acuan tart-sumber foto:google Macam mana?agak agak ada yang nak buat tak?untuk membuat tart nenas ini kena ada masa yang betul-betul santai baru lah dapat fokus membuat nya kan.
Adunan jangan terlalu keras,nanti susah untuk di tekan,dulu admin tersalah bancuh adunan waktu nak buat,bila masuk dalam acuan,naik bengkak jari nak menekan nya.
Nota: Selain inti Nenas anda juga,boleh gunakan inti lain seperti strawberry,mangga,epal dan sebagainya.
sumber : Oh Pilihanku
Resepi Tart Nenas Gulung
Tag :
All,
Resepi Biskut
0 Komentar untuk "Resepi Tart Nenas Gulung"