Berkongsi Koleksi Resepi Terbaik

Dikuasakan oleh Blogger.

Resepi Mee Rebus Muar Popular

Siapa yang belum pernah merasai keenakkan mee rebus muar anda boleh cuba resepi,hidangan ini amat sesuai di makan tidak kira siang mahu pun malam dan ramai yang menyukai keenakan mee rebus muar.

Bagi anda yang mahu membuat nya sendiri anda boleh lah mencuba resepi terbaik perkongsian ini dan kali ini kita akan berkongsi resepi mee rebus muar popular,mari kita lihat Bahan mee rebus muar serta cara membuatnya,ikuti langkah demi langkah.



imej-mee rebus muar-sumber google

Bahan-bahan Untuk Hidangan Mee :

1 atau 2  bungkus mee kuning

 

200 gm tauge - akan di celur dicelur

 

5  keping tauhu – digoreng dan dibelah dadu

 

5 biji telur – direbus dan dibelah dua

 

beberapa biji limau kasturi – dibelah dua

 

3 tangkai cili hijau – dihiris

 

Bawang goreng

 

Daun sup - dihiris





Bahan-bahan untuk kuah:

½ kg tulang daging300 gm daging400 gm udang basah – dikisar250 gm keledek – direbus dan dikisar1 tin tomato puri2 batang serai – diketuk2 jag airGaram secukup rasaGula secukup rasa1 cawan minyak masak





Bahan-bahan dikisar:

6 ulas bawang merah

 

4 ulas bawang putih

 

4 sm halia

 

50 gm taucu

 

50 gm rempah kari daging





Cara membuatnya:

1.Mula-mula Panaskan minyak  terlebih dahulu dan tumis bahan-bahan  yang di kisar sehingga ia naik dan berbau wangi.

2.Selepas itu Masukkan serai, tulang daging dan daging tadi.

3.Tuangkan dua jag air dan renehkan sehingga daging menjadi empuk sekata.

4.Tidak perlu risau jika daging akan terlebih empuk kerana ia akan memberikan rasa enak yang lebih kepada kuah mee rebus anda itu.

5.Kemudian masukkan tomato puri dan udang basah yang telah dikisar,kacau rata dan sebati.

6.Masukkan pula keledek yang telah dikisar tadi dan kacau.

7.Masak sehingga kuah menjadi pekat seperti yang anda ingini.

8.Masukkan garam dan gula. Kacau hingga sebati.

9.Anda sudah boleh mula hidangkan mee yang sudah dicelur, tauge, tauhu, telur rebus limau kasturi dan cili padi (jika mahu)

10.Tuangkan kuah di atas mi dan kemudian taburkan hirisan daun sup dan bawang goreng.

Mee Rebus Muar ini sedia untuk di makan bersama seisi keluarga anda,selamat mencuba!
Jika anda ada resepi yang mahu di kongsikan sila email kan kepada kami di :senangm27@gmail.com


Tag : Mee
0 Komentar untuk "Resepi Mee Rebus Muar Popular"

Back To Top