Berkongsi Koleksi Resepi Terbaik

Dikuasakan oleh Blogger.

Resepi Perut Air Asam Menu Simple

Imej:perut air asam Dengar nama nya saja pun boleh membuat kan kita terliur kan?apatah lagi apabila dapat merasai keenakan Perut air asam menu simple ini.

Admin pasti kalian sudah tidak sabar-sabar lagi untuk melihat resepi ini,tanpa membuang masa,jom kita lihat apakah bahan-bahannya serta cara untuk membuat resepi perut air asam jawa ini.

Bahan-bahan ( 2-3 org mkn )

 

100 g perut lembu (di rebus dengan cuka)
* 1 sudu besar asam jawa yg dicampurkan dgn air
* 1/2 sudu kecil belacan (di bakar)
* 1 sudu kecil cili boh
* 1 sudu kecil gula
* sedikit gula melaka

di mayang halus:
3 biji cili padi, 1/2 biji bwng besar kuning, 2 biji bwng merah, sehelai daun limau purut
garam secukup rasa
perahan air limau nipis


Cara membuatnya:

rebus perut sehingga empuk..jgn terlalu empuk, nanti perut tak kenyal n menjadi lembik..toskan dan ketepikan.

masakkan bhn2 yg bertanda * di atas api yg sederhana.. masak sehingga pekat, mengikut citarasa..
setelah pekat, campurkan bersama2 dengan perut yg ditoskan tadi..kemudian masukkan bhn2 yg dimayang halus, garam dan perahan air limau nipis..kacau sehingga sebati.

sedia untuk dihidangkan,Mudah Bukan?memang meleleh air liur,boleh lah cuba resepi yang sangat simple ini,orang kata lauk simple tapi akan membuat kan kita rasa sangat berselera kan.

Anda mahu berkongsi resepi dengan kami?anda boleh emai lakn resepi,bahan-bahan,cara membuat resepi anda beserta dengan foto hidangan untuk kami siar kan,sila email kan ke : senangm27@gmail.com

Selamat mencuba resepi mudah ini.


Sumber :Perkongsian Facebook Himpunan Resepi.


2 Komentar untuk "Resepi Perut Air Asam Menu Simple"

Nampak sedap :) Boleh cuba ni ^^

hi yun sing :) ya boleh cuba ya memang menyelera kan hehe,selamat mencuba ya kalau sudu boleh kongsi kan di fanpages tadi ya ;)

Back To Top