Rendang merupakan hidangan warisan turun temurun,jika pada zaman dahulu,rendang menjadi hidangan paling istimewa di hari raya untuk di makan bersama ketupat dan lemang.
Dan kini,ramai yang telah komersial kan rendang dan boleh di dapati di restoren yang menjual lauk pauk,kali ini admin mahu kongsi kan resepi rendang tok,tanpa membuang masa,jom kira lihat bahan serta cara membuat rendang tok ini.
Bahan-bahan:
•1 kg daging - dipotong sebesar 3 inci atau ikut suka
•2 cawan santan pekat - 1 biji kelapa
•1/2 cawan kerisik
•1/2 biji kelapa utk kepingan - dihiris nipis (tak pakai pun tak apa)
•100gm gula kabung atau 3 sudu besar gula merah
•1 batang kulit kayu manis
•Garam secukup rasa
Bahan2 kisar:-
•2 sudu besar ketumbar
•1 sudu besar/teh lada hitam
•1 sudu teh serbuk kunyit
•1 sudu besar/teh jintan putih
•1 sudu besar/teh jintan manis
•3 biji buah keras
•3 kuntum bunga lawang
•25 biji cili kering
•5 batang serai
•5 cm halia
•20 biji bawang kecil
Cara Membuatnya:
1.Kelapa kepingan: buang kulit dan hiris kelapa nipis2
2.Gaul daging dengan bahan2 yg dikisar
3.Masukkan daging yg telah digaul dgn bahan2 kisar tadi ke dlm kuali.
4.Tuangkan santan dan masukkan kerisik, kelapa kepingan, kulit kayu manis dan gula kabung dlm kuali.
5.Panaskan kuali di atas dapur dgn api sederhana.
6.Kacau selalu agar tidak melekat. Apabila masakan hampir kering, masukkan garam secukup rasa.
7.Perlahankan api dan kacau hingga kering.
Menarik bukan resepi ini,bagi yang mencari resepi rendang,ini lah resepi rendang yang terbaik boleh di cuba dan di masak.
Selamat mencuba ya !
0 Komentar untuk "Resepi Rendang Tok "