Berkongsi Koleksi Resepi Terbaik

Dikuasakan oleh Blogger.

Ayam Goreng Bombay Enak

Menarik sekali resepi pada kali ini kerana admin akan kongsi kan resepi ayam goreng bombay buat anda semua.

Hidangan ini boleh di makan bersama nasi mahu pun roti,rasa nya sudah pasti memikat selera anda,jom kita lihat bahan untuk membuat ayam goreng bombay serta cara membuatnya.


Ayam Goreng Bombay


Bahan-bahan:

1.5 kg ayam - dipotong kecil

50 gm halia - dikisar

70 gm bawang putih - dikisar

250 gm tepung kacang hijau

250 gm tepung gandum

150 gm serbuk cili

150 gm serbuk kunyit

1 sudu kecil pewarna tandoori

2 tangkai daun kari

Garam secukup rasa

Lada sulah secukup rasa

Sedikit minyak masak


Cara menyediakannya:

1. Ayam yang dicuci bersih, dituskan.
2. Sebatikan ayam dengan bahan-bahan kisar, pewarna tandoori dan daun kari.
3. Lumurkan juga ayam dengan serbuk cili, serbuk kunyit, garam dan lada sulah.
4. Perapkan selama satu jam.
5. Satukan tepung kacang hijau dan tepung gandum.
6. Setelah sejam diperap, gaulkan ayam dengan adunan tepung.
7. Panaskan minyak di dalam kuali.
8. Goreng ayam sehingga garing.
9. Bolehlah diangkat dan enak dinikmati ketika masih panas.

Resepi ayam goreng bombay ini sesuai di hidang kan pada bila bila masa.

Ada yang buat ayam goreng bombay ini sebagai lauk pengantin juga,anda boleh lah membuat nya nanti,selamat mencuba resepi ini.


0 Komentar untuk "Ayam Goreng Bombay Enak"

Back To Top