Kek coklat lembab memang sangat di gemari ramai,ia kini amat mudah untuk di dapati,namun jika dapat buat sendiri pasti nya ia memberi lebih kepuasan.
Untuk kali ini,admin ingin kongsi kan kepada anda resepi kek coklat lembab,jom kita lihat bahan dan cara-cara membuat kek coklat lembab.
Kek Coklat Lembab
BAHAN A:
375 gm mentega
700 gm gula kastor
6 biji telur gred A
600 ml air
BAHAN B:
500 gm tepung gandum
3 sudu kecil serbuk penaik
3 sudu kecil soda bikarbonat
BAHAN TOPPING:
300 gm coklat masakan
200 gm krim putar
1 sudu besar mentega
CARA MENYEDIAKAN:
1. Ayak kesemua bahan B. Ketepikan.
2. Putar mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan sebatikan.
3. Kemudian masukkan tepung berselang-seli dengan air sehingga habis. Bakar pada suhu 180°C selama 45 minit.
4. Untuk bahan topping: Masak kesemua bahan topping secara double boiler.
5. Simpan semalaman baru, disapu di atas kek.
Selepas ini boleh lah anda semua membuat nya di rumah untuk di hidang kepada keluarga.
Mereka pasti menyukai kek coklat lembab ini,dan jika anda ada resepi yang ingin di kongsi kan,anda boleh lah menghantar kan email kepada kami di : senangm27@gmail.com
Akhir kata,selamat mencuba resepi kek coklat lembab ini .
Resepi Kek Coklat Lembab
Tag :
All,
Resepi Kek
0 Komentar untuk "Resepi Kek Coklat Lembab"