Resepi Ayam Goreng Perap Bermadu Yang Mudah untuk di sediakan,satu resepi yang orang kata tak jemu untuk di.makan,teringat sewaktu berkunjung di sebuah hotel 5 Bintang di kuantan,Berselera sungguh kami menikmati hidangan yang sama seperti resepi ini,malah setiap kali berkumpul beramai-ramai kami akan pasti kan bahawa hidangan ayam goreng perap bermadu ini akan ada di atas meja sebagai hidangan wajib,nampak tak punya sedap resepi ini hingga kan kami jadi kan resepi wajib,hehe,.
Baiklah,Jom kita mulakan membuat Ayam Goreng Perap Bermadu ini.Jangan risau kerana bahan bahan dan cara penyediaannya cukup simple lah,ini terbukti apabila ramai anak teruna dan anak dara yang telah mencuba resepi ini dan berjaya memasaknya dengan sedap atau boleh di kira lulus hehe,.
- 4kepak ayam
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu bsr sos tiram
- 1 sudu bsr kicap
- 2 sudu besar madu
- 1/2 sudu teh lada hitam
- 2 sudu teh serbuk kunyit
- garam
- 2 sudu teh Serbuk ketumbar
- 2 sudu teh Serbuk jintan manis
- Bijan
- minyak masak secukupnya untuk deep fried.
- Bijan untuk di tabur
Cara-cara membuat nya:
Gaulkan kepak ayam dgn serbuk kunyit, serbuk ketumabr, serbuk jintan manis, lada hitam
Perapkan selama 1 jam atau lbh. selepas itu blh lah di goreng terendam. Goreng tiga suku masak
Setelah ayam siap digoreng ketepikan.
Sediakan bahan sos. Tumis bawang putih, kemudian masukkan sos tiram, kicap dan madu.
Masak sebentar, kemudian masukkan kepak ayam yg telah digoreng tadi.
Gaul sebati sos dan kepak ayam, kemudian masukkan bijan. Gaul sehingga mesra.
Kemudian Setelah ayam masak, matikan api, taburkan bijan ke atas ayam sebagai hiasan dan sedia untuk dihidang
Sungguh menggiur kan bukan?resepi nya pun cukup mudah,anda boleh hidang kan buat seisi keluarga anda,pasti mereka suka kan hidangan Ayam Goreng Perap Madu ini.
Selamat Mencuba Resepi Ayam Goreng Perap Bermadu :)
Tag :
All,
Resepi Lauk Pauk
1 Komentar untuk "Resepi Ayam Goreng Perap Bermadu"