Berkongsi Koleksi Resepi Terbaik

Dikuasakan oleh Blogger.

Apam Beras Gebu Yang Mudah

Ada tak peminat juih apam beras,jika ada dan sedang mencari resepi apam beras yang gebu,admin akan kongsi kan resepi kuih ini kepada anda.

Sebelum itu kita lihat dahulu fakta tentang  Kuih Apam  Beras atau juga dipanggil ‘’apom’’ merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia.
Kuih apam ini biasanya dibuat sebiji-sebiji dan bewarna putih. Kadang-kala pewarna dicampur bagi menghasilkan apam yang bewarna-warni. Kuih apam biasanya gebu dan lembut.

Sebagaimana namanya, kuih apam tepung beras ini dihasilkan dengan menggunakan tepung beras, dan yis dengan campuran air dan gula. Ia kemudiannya dimasukkan ke dalam mangkuk acuan kuih kecil dan dikukuskan,kadang-kala, ENO dicampur kan bagi menambah kegebuan kuih atau tapai digunakan bagi tujuan yang sama.

Kuih apam ini boleh dihidangkan dengan pelbagai cara,sama ada dengan parutan kelapa yang agak muda (“nyiur kulit hidup”), iaitu kelapa yang masih belum cukup tua,jom kita lihat bahan serta cara membuat apam beras gebu yang mudah ini.




Bahan-Bahan :

2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras 
1 3/4 cwn gula pasir 
2 1/2 cwn air 
2 sudu kecil yis (mauripan) 
kelapa parut dengan sedikit garam,pewarna ikut suka nak warna kan kuih apam beras ini dengan warna pilihan anda.

 Cara Penyediaan 


1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus) 

2. Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.

3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis. 

4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati. 

5. Perap selama 3 jam. 

6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain. 

7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil. 

8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit.. 

9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja. 

tudung pengukus mesti dibalut kain. bancuhan jng terlalu cair kena pekat. yis tu pastikan tk luput tarikh. acuan kena panaskan dulu dlm pengukus sebelum masukkan adunan. kena guna api kuat sepanjang mengukus. jng buka tutup buka tutup tudung pengukus tu....biar cukup masa 15 - 20 minit baru boleh buka tudung. 

Memang sedap resepi ini,sesuai di jadi kan hidangan sarapan pagi,sarapan petang atau pada majlis-majlis seperti majlis kenduri dan majlis harijadi.

Sumber Resepi :Perkongsian Facebook Himpunan Resepi


Tag : All, Kuih Muih
0 Komentar untuk "Apam Beras Gebu Yang Mudah"

Back To Top