Kek oren antara yang paling di gemari ramai kerana aroma segar buah oren yang di adun menjadi kek mampu memikat selera semua.
Perkongsian Resepi kita pada kali ini adalah Resepi Kek Oren Berkrim jom kita lihat Bahan-bahan serta cara membuat kek oren berkrim ini.
imej kek oren berkrim-sumber:google
Sila Sedia kan bahan-bahan dan ikut langkah demi langkah cara membuat kek oren berkrim ini.
Bahan A
200 gm mentega 1 sudu besar ovalatte 225 gm gula kastor
Bahan B
250 gm tepung superfine 1/8 sudu kecil garam 1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
Bahan C
5 biji telur gred B 35 gm susu cair 1 sudu besar perisa oren
Cara Membuatnya:
:1.Pertama sekali pukul bahan A sehingga kembang lebih kurang lima minit.
2.Kemudian sila ayak bahan B dan masukkan pula bahan C ke dalam bancuhan A dan di pukul sehingga rata.
3.Akhir sekali masukkan bahan B ke dalam semua adunan tadi, kacau hingga ia sebati dan serata.
4. Selepas adunan siap di adun masukkan adunan ke dalam loyang yang telah anda gris terlebih dahulu dan bakar ia pada suhu antara 160 hingga 180'c atau sehingga masak.
Bahan Untuk Membuat Krim nya:
Bahan A:
250 gm krim keju 50 gm mentega 100 gm susu pekat
Bahan B:
50 ml air gula (pekat)
Bahan C:
Bahan perasa ikut selera anda.
Cara Membuatnya:
1. Putarkan bahan A sehingga ia kembang dan kemudian boleh lah di masukkan bahan B.
2.Apabila krim sudah kembang sapukan pada kek,hiaskan mengikut kreativiti anda.
Anda boleh meletak kan potongan buah oren beserta jem oren sebagai cadangan.
Siap untuk di hidang dan di makan.
Bagaimana?tentu ada yang tidak sabar lagi mahu membuatnya,jika anda ada resepi menarik yang ingin di kongsi kan,ayuh email kan kepada kami di : senangm27@gmail.com
Selamat mencuba resepi kek oren berkrim ini!
Resepi Kek Oren Berkrim Memikat Selera
Tag :
Resepi Kek
1 Komentar untuk "Resepi Kek Oren Berkrim Memikat Selera"
wahhhhh...kene cube ni...wajib!