Berkongsi Koleksi Resepi Terbaik

Dikuasakan oleh Blogger.

Biskut Arab Susu

Imej Biskut Arab Susu-sumber:google Biskut Arab Susu memang menjadi pilihan tidak kira orang dewasa mahupun kanak-kanak,keenakkannya yang di makan dan cair di mulut di samping rasa nya sedap membuat kan biskut ini juga menjadi salah satu hidangan kegemaran untuk juadah hari raya.

Mari admin kongsikan resepi yang sunggu mudah untuk di sediakan,pandang sebelah mata pun boleh buat,tapi jangan tak pandang terus ya hehe,.mari kita lihat bahan dan cara membuat resepi ini.

Bahan-Bahan:

2 cwn Susu tepung ( biasa guna susu nespray)
2 cwn minyk sapi-(tak perlu di cairkan dulu)
sedikit garam
7 cwn tepung gandum(di ayak)
ceri merah secukupnya-potong kecil2
** Gula aising ( utk gaul biskut bila dah masak sahaja)

Cara-Cara:

Campurkan susu tepung+minyak sapi+sedikit garam, gaul sebati
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.
Bentukkan doh menjadi bulat2 kecil, hias dgn ceri dan bakar hingga masak ( 15-20min) pada suhu 180 C.

Bila ia telah masak biar kan seketika sehingga sejuk,kemudian salut kan atau tabur dengan gula aiing dan sedia untuk di hidang.

Bak kata sepupu admin,biskut arab ini memang paling sedap yang menjadi juadah hari raya,tetapi kini tidak lagi apabila hari hari adalah hari raya,okey admin gurau saja,admin maksud kan dalam sebulan dua sepupu admin pasti akan buat biskut arab ini,jangan lupa cuba resepi biskut arab susu ini,selamat mencuba.

 


0 Komentar untuk "Biskut Arab Susu"

Back To Top