Bagi anda penggemar hidangan laksam,admin akan kongsi kan bahan serta cara membuat laksam yang di gemari ramai ini.
Laksam amat mudah di temui,
Terutama di pekan sehari,pasar malam dan sebagai nya,dan hari ini dengan resepi yang di kongsi kan ini boleh lah kita membuat nya di rumah untuk hidangan anda sekeluarga.
Imej Laksam-sumber foto: google
Bahan2 untuk laksam:
2 cawan tepung beras
4 cawan air
Bahan2 untuk kuah:
1/2 kilo ikan kembung-direbus, diambil isinya sahaja dan ditumbuk.
3 cawan santan.
2-3 sudu besar serbuk kari ikan.
1 batang bunga kantan.
2-3 tangkai daun kesum.
4 keping asam gelugor.
Garam secukup rasa.
4 ulas bawang merah-dimayang.
Sedikit minyak untuk menumis.
Bahan sampingan dihiris halus:
TimunKacang panjang
Cili padiLimau kasturi @ limau nipis
Cara-Cara Membuat laksam:
Panaskan kukusan,Gaulkan semua bahan-bahan,sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak dan kukus sebentar, lebih kurang 1 minit.
Ambil sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak, lebih kurang 3 minit atau sampai adunan nampak mengelembung.
Keluarkan Biarkan sekejap sebelum digulung, supaya laksam kelihatan licin dan cantik.
Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak.
Ulang sehingga adunan anda habis.
Kuah laksam :
Untuk membuat kuahnya pula,Panaskan minyak, tumis bawang merah hingga kuning,Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air,masak hingga garing.
Kemudian masukkan santan,isi ikan yang telah ditumbuk tadi berserta asam gelugor, daun kesum dan bunga kantan, masak kesemua nya hingga mendidih.
Selepas itu Masukkan pula garam,Masak lagi sehingga agak ia pekat,Rasa dan sekiranya menepati selera anda bolehlah di tutup api nya dan sudah boleh untuk kita dihidangkan dengan laksam yang telah dipotong bulat beserta ulaman yang di potong tadi.
Bahan Dan Cara Membuat Resepi Laksam
Tag :
Resepi
0 Komentar untuk "Bahan Dan Cara Membuat Resepi Laksam"