Berkongsi Koleksi Resepi Terbaik

Dikuasakan oleh Blogger.

Resepi Shell Out Istimewa Seafood

Demam Shell Out nampaknya membuat kan semakin ramai yang mahu mencuba masakan ini.

Melihat saja Shell out sudah cukup membuat kan kita berasa lapar apatah lagi saat dapat merasai nya sendiri.

Hidangan Shell out yang menggunakan seafood,sayuran dan juga paste sudah pasti memikat selera anda.


Imej Shell Out-kredit foto:Dikmie Instagram

Kini telah banyak restoran yang menawarkan hidangan shell out ini,yang pastinya ia sangat mengenyangkan dan puas hati untuk di makan bersama seisi keluarga mahupun sahabat handai.

Perkongsian resepi pada kali ini mahu berkongsi kepada anda resepi dan  cara untuk membuat shell out istimewa seafood.

selepas ini anda boleh cuba
membuat nya di rumah,baik lah sebelum kita membuat shell out ini pertama sekali kita harus lah membuat paste nya terlebih dahulu,jom kita lihat bahan paste dan cara membuatnya.

Bahan Untuk Membuat Pes:

Cili kering (Di Rebus)
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Asam Jawa (anggaran 2-3 sudu makan-di campur sedikit air-lebih kurang 5 sudu makan air) untuk di perah)bergantung kepada selera anda jika mahu rasa masam sedikit boleh lah di tambah kan lagi.

Cara Membuat Pes:

Kisar semua bahan bersama sama dengan air asam jawa tadi,Tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masak sekata pes tersebut(hingga keluar minyak).


Udang

Untuk penyediaan udang dan
cara memasak udang:

1.Udang di cuci bersih,kemudian ketuk beberapa ulas bawang putih.

2.Di dalam kuali masuk sedikit pes yang telah kita sedia kan tadi lalu tambah sos cili atau pun sos jika anda suka sos tomato pun boleh dan anda juga boleh guna kan sos thai.

3.Selepas itu,Masak hingga kering sedikit.

4.Masuk udang,kacau dan tutup kuali seketika,ketepikan.


Ketam

Untuk Penyediaan Ketam Dan Cara Membuatnya:

1.Mula-mula Panaskan minyak,apabila kuali panas senduk pes secukupnya.

2.Tambah sos cili,sos tomato, sos tiram dan garam secukupnya.

3.Masukkan juga,kiub ikan bilis sedikit gula,serbuk cili dan sedikit air dan di kacau rata sehingga agak masak.

4. Lalu masukkan ketam dan di  tutup kuali supaya ketam cepat masak.   

5.Kacau beberapa biji telur dan curah terus ke atas ketam di dalam kuali tersebut, Balik-balik kan ketam dan tutup kuali

6.Apabila ia masak sekata,tutup api dan ketepikan.


Sotong

Untuk Penyediaan  sotong dan cara membuatnya:

1.Pilih lah Sotong yang segar kemudian dipotong dan diperap dengan sedikit  garam dan kunyit.

2.Kemudian Ambil sedikit pes campurkan dengan kiub ikan bilis dan sedikit gula lalu gaul kannya pada sotong.

3.pasti kan anda memasak sotong ini dengan menggunakan kuali non stick(tidak melekat).

4.Gaul rata dan Balik-balikkan kan hingga kering dan masak.(untuk sotong ini anda jangan tutup kerana sotong akan berair jika di tutup.

Kupang Dan Lala

Untuk kupang dan lala cara penyediaannya sama seperti kita mahu membuat sambal tumis,dengan menggunakan cili kering,bawang putih,bawang merah,garam dan perisa tumis bahan tersebut dan masuk kan lala dan kupang,jangan di tutup kerana ia akan lebih berair.

Sayur-Sayuran:

Untuk Sayur dan cara menyediakannya:

1.Brokoli, bunga kobis putik jagung, lobak merah(boleh juga guna baby carrot),lada benggala di celur ke dalam air garam lalu di tos tos kan.

2.Kemudian ambil Mayonis dicampur sos cili untuk rasa seperti sos Thousand Island Hidangkan kesemua makanan di atas kertas parchment paper dan nasi jika mahu mengikut keinginan atau pun permintaan Dan sedia untuk di makan.

Maka selesai lah Resepi Shell Out Istimewa Seafood ini,boleh lah cuba di rumah atau panggil sahabat handai datang,amat sesuai untuk acara santai,BBQ Hari lahir dan sebagai nya.

Selamat Mencuba!


0 Komentar untuk "Resepi Shell Out Istimewa Seafood"

Back To Top